Quantcast
Channel: Dunia Archives - Info Pertiwi
Viewing all articles
Browse latest Browse all 10

VIDEO : Wanita Bersarung Tangan Cuba Salam Ustaz Wadi Annuar Mengejutkan Banyak Orang.

$
0
0

Tindakan seorang wanita yang mencuba untuk bersalam tangan dengan pendakwah bebas

Ustaz Wadi Annuar telah menyita perhatian ramai baru-baru ini.

Mengundang perasaan kurang senang, cubaan wanita tersebut bagaimanapun tidak berjaya setelah digagalkan oleh pegawai keselamatan yang bertugas.

Tular di media sosial, kejadian mendebarkan itu sempat dirakam sebelum dikongsi menerusi satu hantaran yang dimuat naik di akaun TikTok milik @ynfq09.

Difahamkan, insiden tersebut berlaku di Terengganu kira-kira pada minggu lalu selepas pendakwah berusia 39 tahun itu menyampaikan ceramahnya.

Rakaman yang berdurasi 48 saat itu mulanya memaparkan Ustaz Wadi diasak oleh para peminat ketika ingin beredar dari tempat tersebut dengan menaiki kereta.

Setelah Ustaz Wadi berjaya memasuki kereta, orang ramai dilihat berebut-rebut menghulurkan tangan untuk bersalam termasuklah wanita terbabit.

Peka dengan keadaan, pegawai keselamatan yang bertugas segera bertindak dengan menghalang tindakan wanita tersebut sambil memohon maaf.

“Ustaz Wadi Anuar terselamat! Cubaan wanita mahu bersalam dengan cara memakai sarung tangan. Team (pasukan) keselamatan bertindak dengan pantas.

“Alhamdulillah,” tulis kapsyen video tular yang telah berjaya mendapat tontonan sebanyak 1.4 juta daripada pengguna platform sosial media, TikTok.

@ynfq09 Ustaz Wadi Anuar terselamat! Cubaan wanita mahu bersalam dgn cara memakai sarung tangan. Team keselamatan bertindak dgn pantas. Alhamdulillah #ustazwadiannuar #DataranDrawbrigeTerengganu #TeamKeselamatanUWA #MurabbiSejutaUmmah ♬ original sound – JelitaQayla

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata pengguna mendoakan agar pendakwah popular tersebut terus dilindungi daripada fitnah.

Ramai juga penonton hairan dengan tindakan wanita itu yang berani menolak para lelaki semata-mata untuk bersalam tangan dengan Ustaz Wadi.

“Allahu Akbar. Semoga Allah sentiasa lindungi Ustaz. Jauhi Ustaz daripada segala fitnah,” doa seorang peminat yang ikhlas.

“Pelik macam mana perempuan itu boleh ada ditengah-tengah orang lelaki. Berani betul.” Kongsi pengguna lain yang terkejut melihat rakaman tersebut.

Baca Selanjutnya :


Viewing all articles
Browse latest Browse all 10

Latest Images